Monday, March 25, 2013

Taska Ibnu Sina telah diambilalih

Assalamualaikum,

Taska Ibu Sina telah diambil alih oleh pengusaha taska berhadapan dengan taska Ibnu Sina sebelum ini. Saya tidak berhajat untuk menutup blog ini kerana masih berminat untuk berkongsi ilmu berkenaan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Sekiranya diberikan ilham oleh Allah S.W.T, blog ini akan digunakan untuk perkongsian-perkongsian yang bermanfaat untuk tatapan semua.

Kepada pengunjung blog ini, boleh klik pada link-link disebelah kanak blog ini untuk dapatkan informasi dan ilmu-ilmu bermanfaat untuk perkembangan anak-anak kita.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, July 17, 2012

Berkenalan dengan Haiwan Di Ladang

Assalamualaikum,


Aktiviti berkenalan dengan haiwan di ladang memang sangat menyeronokkan.. apatah lagi bila kanak-kanak dapat bermain dengan replika haiwan dan ada replika ladang juga.







Apakah yang haiwan ini sedang makan?





Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. Kanak-kanak dapat mengenali mana satu haiwan liar, dan mana satu haiwan di ladang..






Ada seekor haiwan yang sepatutnya tidak ada di ladang..
apakah haiwan itu?





Haiwan ladang adalah haiwan peliharaan.. haiwan-haiwan ini ada tempat perlindungan iaitu kandang.. nampak seperti rumah manusia.. tetapi ia adalah kandang haiwan.. tempat haiwan berehat dan berlindung dari kesejukan malam dan hujan..

Ada kambing, lembu, ayam, itik dan kambing biri-biri

Aktiviti ini amat bagus untuk perkembangan kognitif kanak-kanak.. perkembangan bahasa dan sosio emosi.. lakukan aktiviti ini secara berkumpulan..

Jom tengok gambar-gambar dibawah.. satu idea menarik yang boleh dibuat sendiri di rumah.. 
Ada rumput dan pokok-pokok kecil



Tengok apa yang haiwan-haiwan ini makan?


Kamping sedang meragut rumput

Dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak dapat mengenali haiwan yang tinggal di ladang. Kenalkan juga kepada kanak-kanak haiwan yang tinggal di hutan, savana dan padang pasir. Kanak-kanak dapat membezakan haiwan-haiwan dan tempat tinggalnya. Kanak-kanak juga dapat mengenali haiwan yang tinggal di atas / dalam air dan didarat.

Dari segi perkembangan bahasa, kenalkan kanak-kanak dengan nama dan bunyi-bunyi haiwan. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak 1 hingga 2 tahun. Nyanyikan sebuah lagu untuk kanak-kanak.. seperti lagu Old Mc Donald had a farm.. eieio..

Dari segi sosio emosi, kanak-kanak sudah pasti bergembira dan seronok bermain aktiviti ini.. apatah lagi sekiranya kanak-kanak bermain dengan rakan sebaya dengan diiringi lagu dan bunyi-bunyian haiwan.. latih kanak-kanak untuk bertoleransi dengan rakan sebaya..

Sebarang komen / cadangan amat dialu-alukan..

Idea asal http://tatehplaygroup.blogspot.com/