
Aktiviti berkenalan dengan haiwan di ladang memang sangat menyeronokkan.. apatah lagi bila kanak-kanak dapat bermain dengan replika haiwan dan ada replika ladang juga.
![]() |
| Apakah yang haiwan ini sedang makan? |
Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. Kanak-kanak dapat mengenali mana satu haiwan liar, dan mana satu haiwan di ladang..
![]() |
| Ada seekor haiwan yang sepatutnya tidak ada di ladang.. apakah haiwan itu? |
Haiwan ladang adalah haiwan peliharaan.. haiwan-haiwan ini ada tempat perlindungan iaitu kandang.. nampak seperti rumah manusia.. tetapi ia adalah kandang haiwan.. tempat haiwan berehat dan berlindung dari kesejukan malam dan hujan..
![]() |
| Ada kambing, lembu, ayam, itik dan kambing biri-biri |
Aktiviti ini amat bagus untuk perkembangan kognitif kanak-kanak.. perkembangan bahasa dan sosio emosi.. lakukan aktiviti ini secara berkumpulan..
Jom tengok gambar-gambar dibawah.. satu idea menarik yang boleh dibuat sendiri di rumah..
![]() |
| Ada rumput dan pokok-pokok kecil |
![]() |
| Tengok apa yang haiwan-haiwan ini makan? |
![]() |
| Kamping sedang meragut rumput |
Dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak dapat mengenali haiwan yang tinggal di ladang. Kenalkan juga kepada kanak-kanak haiwan yang tinggal di hutan, savana dan padang pasir. Kanak-kanak dapat membezakan haiwan-haiwan dan tempat tinggalnya. Kanak-kanak juga dapat mengenali haiwan yang tinggal di atas / dalam air dan didarat.
Dari segi perkembangan bahasa, kenalkan kanak-kanak dengan nama dan bunyi-bunyi haiwan. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak 1 hingga 2 tahun. Nyanyikan sebuah lagu untuk kanak-kanak.. seperti lagu Old Mc Donald had a farm.. eieio..
Dari segi sosio emosi, kanak-kanak sudah pasti bergembira dan seronok bermain aktiviti ini.. apatah lagi sekiranya kanak-kanak bermain dengan rakan sebaya dengan diiringi lagu dan bunyi-bunyian haiwan.. latih kanak-kanak untuk bertoleransi dengan rakan sebaya..
Sebarang komen / cadangan amat dialu-alukan..
Idea asal http://tatehplaygroup.blogspot.com/





